Monday, January 4, 2010

SUdaH SEbuLan Di MUar

pada hari ini genap la sebulan aku berada di Muar, pejam celik pejam celik aku sudah sebulan digelar sebagai guru. selama sebulan aku di sini, bermacam-macam jenis kerja dan pengalaman aku tempuhi samada yang susah mahupun senang. aku berasa sungguh bersyukur kerana aku masih tabah lagi menempuhi hari-hari ini. namun, perjalanan ku masih panjang dan bermacam macam cabaran lagi yang harus aku tempuhi. selama sebulan aku disini, aku masih belum berpeluang untuk mengasah bakat aku dalam bidang pengajaran dan sesi p N P di sekolah. selama ini, aku hanya memerhatikan guru pembimbing aku dalam pengajaran yang dijalankan..

bermula hari ini jugalah, aku harus tabah untuk menempuhi hari-hari yang mendatang...kerana kini aku telah dan mesti berdiri sendiri kerana aku kini telah kehilangan seseorang... namun itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus hidup... kerana, perkara itu tiada apa2 lagi kepada ku...

hanya tinggal lagi sebulan lebih saja lagi aku di sini, aku harap aku dapat buat yang terbaik untuk diriku, familyku dan masa depan tu...

selangkah aku telah menjejakkan kaki ke alam pendidikan, aku mesti menghabiskan kerana itu jalan yang aku pilih selama ini.... mudah-mudahan semua nye selamat dan aku tabah menempuhi cabaran walaupun pelbagai rintangan....
yo can do it!!!!